Anugerah Telenovela

Latar Belakang

Lebih sedekad yang lalu Anugerah Buku Negara (ABN) dianjurkan bagi mengiktiraf warga kerja industri perbukuan di Malaysia. Bermula tahun 2005, ABN yang pertama kali dianjurkan menobatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Tokoh Buku Negara.

Penganjuran ABN menepati Dasar Buku Negara yang mengalakkan mana-mana pihak menganjurkan anugerah atau skim galakan bagi mengikitraf pengiat industri perbukuan negara.

Dari aspek pembangunan ABN, tiga fasa utama telah dan sedang dilalui.

  1. 2005–2010 Fasa Pembinaan Membina keyakinan masyarakat industri perbukuan serta meletakan ABN sebagai jenama dan standard dalam industri. Sebagai permulaan hanya 10 anugerah diperkenalkan.
  2. 2011–2014 Fasa Pembangunan Atas penyertaan yang meningkat setiap tahun dan keterujaan pemain industri, ABN memperkenalkan dua kategori utama, iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Industri. Lebih 40 anugerah disediakan mengikut kesesuaian dan penyertaan dari penggiat industri buku.
  3. 2015–2020 Fasa Pengukuhan Beberapa kategori baru diperkenalkan, iaitu Anugerah Pengajian Tinggi, Anugerah Telenovela dan Anugerah Buku ASEAN. Ketiga-tiga kategori ini perlu diperkenalkan kerana tuntutan semasa.

Perkembangan dunia seni digital dan perkembangan teknologi bukan sahaja menyaksikan produksi layar perak dengan idea sendiri malah mengangkat naskhah percetakan sebagai sebahagian daripada kandungan. Menterjemah manuskrip buku kepada telemovie, filem dan drama berepisod di televisyen sudah menjadi fenomena masa kini.

Selain daripada “SEA Write” tiada lagi penganugerahan bersifat serantau dalam kalangan anggota ASEAN. Anugerah Buku ASEAN merupakan titik tolak mengiktiraf warga kerja industri perbukuan serantau.

Yayasan Pembangunan
Buku Negara

Ikuti Suapan Instagram Kami

Berita Terkini

Anugerah Telenovela | Industri Kreatif

Yadmin
November 14, 2017
0
SENARAI 10 TERATAS ANUGERAH TELENOVELA 2017

SENARAI TERKINI PENCALONONAN ANUGERAH TELELOVELA 2017        ...

Read More
yayasan
August 28, 2017
0
Senarai Calon Anugerah Telenovela 2017

1. Isteri Tuan Ihsan [caption id="" align="alignnone" width="212"] Isteri Tuan Ihsan[/caption] [captio...

Read More
Yadmin
August 27, 2017
0
Anugerah Telenovela 2017

  Program Tajuk : Anugerah Telenovela Tarikh : 23  Disember 2017 Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PW...

Read More

Penaja Kami

Penajaan masih di buka, sila hubungi sekretariat kami untuk menaja. Terima Kasih tidak ternilai kepada penaja penaja kami. Semoga dengan tajaan ini dapat, membantu menaikan Anugerah Telenovela 2017.

Hubungi Kami

Yayasan Pembangunan Buku Negara
Tingkat 4, Menara Safuan
80 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia.