Cerita Kami

Senarai Calon Anugerah Telenovela 2017

1. Isteri Tuan Ihsan

Isteri Tuan Ihsan

Aaron Aziz

Amyra Rosli

Tajuk Novel : Isteri Tuan Ihsan
Tajuk Telenovela: Isteri Tuan Ihsan
Penerbit Novel: Love Novel Enterprise
Penerbit Telenovela: Global Station Sdn Bhd
Penulis Novel: Sara Kyoko
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Raja Ahmad Alauddin
Pelakon Lelaki: Aaron Aziz
Pelakon Wanita: Amyra Rosli
Penulis Skrip: PGR’S Team, Rozie Rashid, Amka Ahmad

Sinopsis

Seroja Irdina, gadis remaja membesar di kota. Hidupnya nampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

2. Uda dan Dara

Tajuk Novel : Uda dan Dara
Tajuk Telenovela: Uda dan Dara
Penerbit Novel: Alaf 21
Penerbit Telenovela: Global Station Sdn Bhd
Penulis Novel: Aisya Sofea
Tayangan Di Saluran: Astro Prima 105‬ ‪& Astro Maya HD
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Ejump Zahir
Pelakon Lelaki: Zul Ariffin
Pelakon Wanita: Siti Saleha
Penulis Skrip: PGRS Team

Sinopsis

Drama Uda dan Dara mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Mariam lakonan Siti Saleha yang berkawan baik dengan Izzat Hilman (Zul Arifin). Perhubungan mereka ditentang oleh ibu Izzat Hilman yang ingin menjodohkannnya dengan Khalidah. Izzat Hilman juga sering menghina Siti Mariam kerana agak berlebihan berat badan. Ini membuatkan terjadinya perselisihan faham antara Siti Mariam dan Izzat Hilman sehingga ke tahap Siti Mariam membencinya.

Setelah terpisah lama, mereka bertemu semula. Kini Siti Mariam sudah semakin cantik dan Izzat Hilman mula jatuh cinta kepadanya. Namun kenangan silam masih menghantui Siti Mariam. Izzat Hilman tidak mahu mengalah dan dalam diam Siti Mariam turut menyimpan rasa cinta.

Namun bila Siti Mariam mengingatkan kembali wasiat arwah ibu Izzat Hilman dia jadi takut untuk menjalinkan perhubungan lebih-lebih lagi kehadiran Khalidah seolah ingin memisahkan perhubungan mereka. Ini membuatkan Siti Mariam meletakkan syarat pada perhubungan mereka, tempoh tujuh bulan diberi dan Izzat Hilman perlu bersiap sedia untuk berpisah.

Dapatkah Izzat Hilman memenuhi syarat tersebut? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah percintaan ini?

Uda dan Dara

Zul Ariffin

Siti Saleha

3. Abang Bomba I Love You

Abang Bomba I Love You

Hisyam Hamid

Amira Othman

Tajuk Novel : Abang Bomba I Love You
Tajuk Telenovela: Abang Bomba I Love You
Penerbit Novel: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Global Station Sdn Bhd
Penulis Novel: Mia Kiff
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: MP Roslin Md Sharif
Pelakon Lelaki: Hisyam Hamid
Pelakon Wanita: Amira Othman
Penulis Skrip: PGR’S Team, Rozie Rashid, Amka Ahmad

Sinopsis

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superhero dalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

4. Mr Donut Karamel

Tajuk Novel : Mr Donut Karamel
Tajuk Telenovela: Mr Donut Karamel
Penerbit Novel: Penerbitan Fajar Pakeer
Penerbit Telenovela: JS Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Hanny Esandra
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Lestary
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Azman Hj Yahya (Jinggo)
Pelakon Lelaki: Hafidz Roshdi
Pelakon Wanita: Azira Shafinaz
Penulis Skrip: Rehal Nuharis

Sinopsis

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya. Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya. Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Mr Donut Karamel

Hafidz Roshdi

Azira Shafinaz

5. Akadku Yang Terakhir

Akadku Yang Terakhir

Amar Baharin

Tiz Zaqyah

Tajuk Novel : Akadku Yang Terakhir
Tajuk Telenovela: Akadku Yang Terakhir
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Global Station Sdn Bhd
Penulis Novel: Acik Lana
Tayangan Di Saluran: Astro Prima 105‬ ‪& Astro Maya HD
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Harris Fadzilah
Pelakon Lelaki: Amar Baharin
Pelakon Wanita: Tiz Zaqyah
Penulis Skrip: Siti Noor

Sinopsis

Tugas sebagai seorang psychotherapist telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”

6. Anugerah Terindah

Tajuk Novel : Anugerah Terindah
Tajuk Telenovela: Sayangku Kapten Mukhriz
Penerbit Novel: Intens Idea International Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Creative Skill Solutions Sdn Bhd
Penulis Novel: Sophilea
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Akasia
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Idora Abdul Rahman
Pelakon Lelaki: Raja Afiq
Pelakon Wanita: Amaniena Baharun (Niena Baharun)
Penulis Skrip: Nieza Nahar

Sinopsis

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana. Kapten Ustaz Mukhriz seorang pegawai KAGAT yang berkhidmat di kem tentera Lumut, Perak. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana sering dilihat bersama Dr.Ariana walaupun mereka tidak bercinta.

Dr.Ariana beria-ria cuba memikat Kapten Mukhriz dan sering meluahkan rasa cintanya.

Kapten Ustaz Mukhriz ialah seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala Dr.Ariana pula jatuh cinta tahap meroyan kepada Kapten Mukhriz.

Kapten Mukhriz seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz.

Mr Donut Karamel

Amaniena Baharun (Niena Baharun)

Raja Afiq

7. Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum Cinta

Saharul Ridzwan

Emma Maembong

Kamal Adli

Ayda Jebat

Tajuk Novel : Assalamualaikum Cinta
Tajuk Telenovela: Assalamualaikum Cinta
Penerbit Novel: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Dark Wave Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Zura Asyraf
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Michael Ang
Pelakon Lelaki: Saharul Ridzwan,
Kamal Adli
Pelakon Wanita: Emma Maembong,
Ayda Jebat
Penulis Skrip: Ainaa Hanez & Chinta Nadeesha

Sinopsis

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau… Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” – Emma Harlini “Aku pelik… Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” – Rykal Safuan “Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf. Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harliniv

“Nasib baik negara ni ada undang-undang… Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana… Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?

8. Awak Sangat Nakal!

Tajuk Novel : Awak Sangat Nakal!
Tajuk Telenovela: Awak Sangat Nakal!
Penerbit Novel: October(Aksara Aira Media Sdn Bhd)
Penerbit Telenovela: Orangetree Production Sdn Bhd
Penulis Novel: Syamnuriezmil
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Azmi Hatta
Pelakon Lelaki: Sharnaaz Ahmad
Pelakon Wanita: Ayda Jebat
Penulis Skrip: Shida Zali

Sinopsis

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo…”
“Jo? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humairah, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasiyang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian merangcang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula… Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dream into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh… paksa sampai boleh!

Awak Sangat Nakal!

Sharnaaz Ahmad

Ayda Jebat

9. Biar Aku Jadi Penunggu

Biar Aku Jadi Penunggu

Ashraf Muslim

Janna nick

Tajuk Novel : Biar Aku Jadi Penunggu
Tajuk Telenovela: Biar Aku Jadi Penunggu
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Saphire Screen Sdn Bhd
Penulis Novel: Arsha
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Akasia
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Michael Ang
Pelakon Lelaki: Ashraf Muslim
Pelakon Wanita: Janna nick
Penulis Skrip: Rozie Rashid

Sinopsis

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

10. Bimbo

Tajuk Novel : Bimbo
Tajuk Telenovela: Aku Bukan Bimbo
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Global Station Sdn Bhd
Penulis Novel: Rin Ahmad
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Riza Baharudin
Pelakon Lelaki: Shaheizy Sam
Pelakon Wanita: Nadiya Nisa
Penulis Skrip: MF Kencana & Farhana Fauri

Sinopsis

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram. Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.

“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya. “Listen.” – Dani Ikram. “Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri?

Bimbo

Shaheizy Sam

Nadiya Nisa

11. Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Shukri Yahaya

Zahirah Macwilson

Tajuk Novel : Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Tajuk Telenovela: Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Penerbit Novel: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Orangetree Production Sdn Bhd
Penulis Novel: Airisz
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Lestary
Tahun Tayangan: 2015/2016
Pengarah Telenovela: Eoon Shuhaini
Pelakon Lelaki: Shukri Yahaya
Pelakon Wanita: Zahirah Macwilson
Penulis Skrip: Amin Abdul Nasir

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan Puteri Nuraisha yang sering dipinggirkan keluarganya. Puteri tinggal bersama ibu dan kakak tiri dan sering merasakan dirinya dipinggirkan oleh keluarga itu. Tambahan pula, ayahnya selalu melebihkan kak tirinya, Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula.

Puteri semakin bosan dengan sikap Ashraf dan perkenalannya dengan Daniel yang mempunyai rupa yang kacak membuatkan dia semakin jauh dengan Ashraf. Puteri menyimpan perasaan cinta terhadap Daniel dek kerana sikapnya yang menyenangkan. Puteri berdepan dengan dilema kerana dia terpaksa mengikut amanat ibunya untuk berkahwin dengan Ashraf. Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya.

Namun, kakak tirinya dalam diam menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf tergangguh dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya?

12. Cinta 11 Syarat

Tajuk Novel : Cinta 11 Syarat
Tajuk Telenovela: Cinta 11 Syarat
Penerbit Novel: Intens Idea International Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Global Station Sdn Bhd
Penulis Novel: Muna Mahira
Tayangan Di Saluran: Astro Prima 105‬ ‪& Astro Maya HD
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Keoi Hj Khalid
Pelakon Lelaki: Aqasha
Pelakon Wanita: Bella Dally
Penulis Skrip: Maizura Mohd Ederis

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Rasya yang merupakan seorang pelajar tahun akhir. Rasya tidak pernah bercinta kerana itu merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh ayahnya. Namun terjadinya satu tragedi bila kesucian Rasya diragut oleh seseorang yang sangat dipercayainya. Lebih merumitkan keadaan bila Rasya mengandung akibat insiden hitam itu dan orang kampung mula mengata tentangnya.

Haziq merupakan seorang lelaki yang sering berbuat dajal di kampung. Kerjayanya di kota pula sering membuatkan dirinya dihimpit oleh perempuan-perempuan yang bebas pergaulan. Tiba-tiba Haziq melamar Rasya. Motif lamaran Haziq mula menjadi persoalan, bukan sahaja sebab keadaan Rasya yang berbadan dua tetapi juga Haziq yang hampir dua kali membunuh Rasya dulu.

Biarpun tiada persetujuan dari ibu Haziq, perkahwinan Rasya dan Haziq tetap diteruskan dalam suasana yang meriah. Rasya sekadar akur biarpun dia benci berkahwin dengan lelaki yang hampir membunuhnya. Perasaan Rasya berbelah bahagi antara rasa takut, sakit hati dan terhutang budi pada Haziq yang sudi menjadikannya isteri walaupun sedang berbadan dua.

Rasya membuat keputusan untuk menghabiskan satu lagi semester yang tinggal tetapi dia perlu akur dengan 11 syarat yang diletakkan oleh Haziq. Syarat-syarat tersebut nampak remeh tetapi hidup Rasya seolah kucar kacir akibat syarat-syarat tersebut. Haziq pula bertambah ceria melihat keletah Rasya melaksanakan syarat-syaratnya itu.

Syahrie berasa tidak tenteram melihat penerimaan Rasya terhadap Haziq. Syahrie yakin bahawa Haziq mempunyai niat tidak baik kepada Rasya. Syahrie nekad mendapatkan Rasya, lebih-lebih lagi setelah dia mendapat tahu bahawa Rasya mengandungkan anaknya hasil dari insiden yang tidak disengajakan.

Cinta 11 Syarat

Aqasha

Bella Dally

13. Cinta Si Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner

Adi Putra

Mira Filzah

Tajuk Novel : Cinta Si Wedding Planner
Tajuk Telenovela: Cinta Si Wedding Planner
Penerbit Novel: Penulisan2U
Penerbit Telenovela: Primeworks Studios Sdn Bhd
Penulis Novel: Dhiyana
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Akasia
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Along Kamaludin
Pelakon Lelaki: Adi Putra
Pelakon Wanita: Mira Filzah
Penulis Skrip: Mufid Suhaimi

Sinopsis

Perebutan tempar parkir menjadi permulaan peristiwa kisah Zara (Mira Filzah) si wedding planner dengan Fariz, (Ady Putra) bekas tentera laut berhati batu.

Dalam hati Zara ketika itu hanya ada Bazli, (Fadlan Hazim) sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur di tengah jalan.

Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badanlah.” – Fariz Adryan.

“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!” – Izara Batrisya.

“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – Fariz Adryan.

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalin ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

“Abang teringin pankek, jem blueberry and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – Fariz Adryan.

“For you, my dear. I will do anything for you.” – Izara Batrisya.

Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.

“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”

“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?

14. Dia Semanis Honey

Tajuk Novel : Dia Semanis Honey
Tajuk Telenovela: Dia Semanis Honey
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Cube Film Sdn Bhd
Penulis Novel: Dila Dyna
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Michael Ang & Hadith Omar
Pelakon Lelaki: Alif Satar
Pelakon Wanita: Siti Nordiana
Penulis Skrip: Nazri M. Anuar

Sinopsis

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

Dia Semanis Honey

Alif Satar

Siti Nordiana

15. Duda Terlajak Laris

Duda Terlajak Laris

Idris Khan

Zara Zya

Tajuk Novel : Duda Terlajak Laris
Tajuk Telenovela: Duda Terlajak Laris
Penerbit Novel: Penulisan2U
Penerbit Telenovela: Primeworks Studios Sdn Bhd
Penulis Novel: Aifa Batrisya
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Akasia
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Fairuz Loy
Pelakon Lelaki: Idris Khan
Pelakon Wanita: Zara Zya
Penulis Skrip: Shuhadatul Ain Zakaria

Sinopsis

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpurdah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

16. Hantu Punya Bos!

Tajuk Novel : Hantu Punya Bos!
Tajuk Telenovela: Hantu Punya Bos!
Penerbit Novel: Love Novel Enterprise
Penerbit Telenovela: MIG Beats Sdn Bhd
Penulis Novel: Dekna Lee
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Iris
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Feroz Kader
Pelakon Lelaki: Shukri Yahaya
Pelakon Wanita: Intan Najuwa
Penulis Skrip: Panel MIG

Sinopsis

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

Hantu Punya Bos!

Shukri Yahaya

Intan Najuwa

17. Imam Mudaku Romantik

Imam Mudaku Romantik

Hisyam Hamid

Syatilla Melvin

Tajuk Novel : Imam Mudaku Romantik
Tajuk Telenovela: Imam Mudaku Romantik
Penerbit Novel: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Nuansa Sdn Bhd.
Penulis Novel: Izzah Haneefa
Tayangan Di Saluran: Astro Oasis & MAYA HD
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Shuhaimi Zulkefli
Pelakon Lelaki: Hisyam Hamid
Pelakon Wanita: Syatilla Melvin
Penulis Skrip: Nor Syafinaz Samsudin

Sinopsis

Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Imam Mudaku Romantik karya novelis Izzah Haneefa dan dilakonkan oleh Hisham Hamid sebagai Ustaz Faqih, Syatilla Melvin sebagai Laila Khalisa, Faye Kusairi sebagai Adrianna, Rahim Omar, Zarina Zainuddin dan ramai lagi

LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda / ustaz untuk menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah si keluarga wanita itu.

Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.

Adakah bahagia milik mereka?

18. Isteri Vs Tunang

Tajuk Novel : Isteri Vs Tunang
Tajuk Telenovela: Isteri Vs Tunang
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Cube Film Sdn Bhd
Penulis Novel: Aesya Azahar
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Michael Ang
Pelakon Lelaki: Hisyam Hamid
Pelakon Wanita: Scha Al-Yahya
Penulis Skrip: Ayuni Zamani

Sinopsis

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki,Zaim menyahut cabaran itu.

Kehadiran Irfan Fakhrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga. Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri vs tunang. Yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

Isteri Vs Tunang

Hisyam Hamid

Scha Al-Yahya

19. Jodoh Sebelah Pintu

Jodoh Sebelah Pintu

Kamal Adli

Emma Maembong

Tajuk Novel : Jodoh Sebelah Pintu
Tajuk Telenovela: Jodoh Sebelah Pintu
Penerbit Novel: Love Novel Enterprise
Penerbit Telenovela: Dark Wave Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Dekna Lee
Tayangan Di Saluran: HyppSensasi 116 (HyppTV)
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Michael Ang
Pelakon Lelaki: Kamal Adli
Pelakon Wanita: Emma Maembong
Penulis Skrip: Loh Chung Tat

Sinopsis

Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang yang tidak pernah dilihat dengan mata kasarnya. Hubungan mereka hanya berlangsung melalui telefon, hanya suara tanpa rupa!

“Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi.

Namun begitu pertemuan pertama yang diatur terpaksa dibatalkan gara-gara terserempak dengan dua orang jirannya yang berperangai seperti hantu, Irfan dan Badrul. Dalam pada berperangai seperti hantu., Mona dikejutkan pula dengan sebuah kenyataan. Bakal tunangnya tidak jauh, terlalu dekat, malahan hanya sebelah pintu! Tapi siapa? Adakah si Badrul Syah yang suka mencari fasal?

“Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Badrul Syah

“Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona.

Atau si Amirul Irfan yang tidak kurang celoparnya?

“Ala, Mona, bolehlah… tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa…” ~Amirul Irfan

Pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia.
“Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Airawani

Setelah identiti misteri si tunang terbongkar, hati Mona Airawani mula dibelit perasaan bersalah kerana sering bersikap buruk terhadap lelaki itu. Apatah lagi benih cinta dan sayang cuba disemai sebaiknya demi kebahagiaan mereka berdua di masa hadapan. Namun ada resah kian berbelit dengan kehadiran orang ketiga yang datang mengganggu.

Mampukah Mona dan si tunang dari sebelah pintu melalui cabaran-cabaran yang mendatang? Dan, siapa sebenarnya tunangan Mona Airawani?

20. Kau Aku Kita

Tajuk Novel : Kau Aku Kita
Tajuk Telenovela: Kau Aku Kita
Penerbit Novel: Penerbitan Fajar Pakeer
Penerbit Telenovela: JS Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Orkid Edyliyne
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Lestary
Tahun Tayangan: 2015/2016
Pengarah Telenovela: Azman Hj Yahya (Jinggo)
Pelakon Lelaki: Saharul Ridzwan
Pelakon Wanita: Janna nick
Penulis Skrip: Rehal Nuharis

Sinopsis

Mengisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus. Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

Kau Aku Kita

Saharul Ridzwan

Janna nick

21. Mamat Muka Selenga

Mamat Muka Selenga

Azrel Ismail

Izreen Azminda

Tajuk Novel : Mamat Muka Selenga
Tajuk Telenovela: Lelaki Macam Dia
Penerbit Novel: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Country & Universal Sdn Bhd
Penulis Novel: Aliesha Kirana
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Hashim Rejab
Pelakon Lelaki: Azrel Ismail
Pelakon Wanita: Izreen Azminda
Penulis Skrip: Sofia J. Rhyland

Sinopsis

Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah Husna yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

22. Mr.Boss Miss Stalker

Tajuk Novel : Mr.Boss Miss Stalker
Tajuk Telenovela: Mr.Boss Miss Stalker
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Saphire Screen Sdn Bhd
Penulis Novel: Aesya Azahar
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Dahlia
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Heykal Hanafiah
Pelakon Lelaki: Ashraf Muslim
Pelakon Wanita: Mia Ahmad
Penulis Skrip: Sofia J. Rhyland

Sinopsis

Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

Antara nyata dan mimpi…
Ada hati yang ingin kutawan…
Tapi, dalam lain dimensi…
Hatiku kau jadikan tawanan.

Mr.Boss Miss Stalker

Ashraf Muslim

Mia Ahmad

23. Mr.Secret Admirer

Mr.Secret Admirer

Azrel Ismail

Elfira Loy

Tajuk Novel : Mr.Secret Admirer
Tajuk Telenovela: Mr.Secret Admirer
Penerbit Novel: Love Novel Enterprise
Penerbit Telenovela: JNI Creative Sdn Bhd
Penulis Novel: Shila Alish
Tayangan Di Saluran: HyppSensasi 116 (HyppTV)
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Mohd Jeffri Mohd Yusoff
Pelakon Lelaki: Fezrul Khan
Pelakon Wanita: Elfira Loy

Sinopsis

Mengisahkan syed Redza yang terbabit dalam kemalangan jalaraya sehingga menyebabkannya lumpuh. Syed Redza anak kepada Dato’ Syed Munawar dan Datin Fatimah sudah bertunang dengan Liza. Setelah mengetahui akan kecurangan tunangnya Lisa, dia mulai patah hati dan menganggap semua perempuan sama.Ketika dalam lumpuh, ibubapa Syed Redza mengambil jururawat peribadi bernama Zureen untuk menjaga Syed Redza. Pada mulanya Syed Redza tidak melayan Zureen dengan mesra. Namun lama kelamaan perasaan cinta mula berputih.Dalam waktu yang sama, Zureen diminati oleh seorang doktor muda, Dr Haziq. Namun Zureen menganggap Dr Haziq tidak lebih dari seorang abang angkat. Dr Haziq juga menyimpan perasaan secara diam-diam terhadap Zureen. Setelah Syed Redza dan Zureen bertunang, Lisa muncul semula dalam hidup Syed Redza. Dato’ Syed Munawar memujuk agar Syed Redza menerima semula Lisa atas sebab-sebab perniagaan. Ini membuatkan Zureen patah hati lalu membawa diri ke Dubai. Setelah beberapa lama di Dubai, Zureen terpaksa pulang semula ke Malaysia dan akhirnya hubungan Zureen dan Syed Redza kembali terjalin dan akhirnya mereka melangsungkan perkahwinan.

24. Pengantinku Jatuh Dari Langit

Tajuk Novel : Pengantinku Jatuh Dari Langit
Tajuk Telenovela: Pengantinku Jatuh Dari Langit
Penerbit Novel: Intens Idea International Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Creative Skill Solutions Sdn Bhd
Penulis Novel: Mia Kiff
Tayangan Di Saluran: HyppSensasi 116 (HyppTV)
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Idora Abdul Rahman
Pelakon Lelaki: Hafreez Adam
Pelakon Wanita: Afifah Nasir
Penulis Skrip: Eja Lorena

Sinopsis

RINIETA Aini – Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Dia disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajarannya, dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings.

WALAUPUN pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya…

“Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas.”

Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji mata yang terbeliak. Nampak merah padam mukanya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam.

Rinieta jatuh rahang. Alamak, Encik Arfylah.

“How dare you say this to me. Do you know who I am?” Tengking lelaki itu, bernada kasar.

Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, speaking la pulak. “Sorry encik, I don’t understands one sepatah haram. Buat penat aje encik marah saya tadi. Saya bukannya faham bahasa orang putih. Cuba encik marah sekali lagi dalam Bahasa Melayu?” Pinta Rinieta, senyum tawar.

Arfy Qhairant menggeleng. Sabar sajalah menghadap pekerja bawahan seperti gadis ini.

NAMUN kerana salah faham dan tanpa dijangka, perempuan itu yang Tuk Mummy mahu jodohkan dengan Arfy. Datuk

Khadijah menyangka Rinieta kekasih Arfy. Banyak perkara menjurus ke arah situ lalu plan menjodohkan cucu yang fobia mahu bernikah ini dijalankan…

“Cucilah otak Arfy bagi bersih. Banyak sangat kotoran dalam otak dia. Biar dia sedar sikit, langit itu tinggi atau rendah. Hanya cinta saja penawar segala masalah, cinta pada Allah, Rasul dan manusia. Jadilah cinta hati Arfy yang mampu menghilangkan belenggu yang memenjarakan dia selama ni. Bahagiakan hidup dia, ya.” – Tuk Mummy

“Kau dengar sini, sampai aku dapat segala harta yang aku nak, sehingga itulah kau akan menjadi isteri aku. Faham?” – Arfy Qhairant

“Jangan kita mencari kesempurnaan, tapi keikhlasan yang akan menyempurnakan kita,” – Rinieta Aini

BERJAYAKAH pertelingkahan hero ego yang punya A hampir semua subjek dengan heroin lurus bendul yang ada D hampir semua subjek tatkala sebumbung? Bagaimana pula perasaan dan tindakan Arfy apabila adik kesayangannya yang baru pulang dari luar negara jatuh cinta dengan ‘orang gaji’nya itu aka isterinya yang dianggap ‘alien’!

Pengantinku Jatuh Dari Langit

Hafreez Adam

Afifah Nasir

25. Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

Kamal Adli

Nelydia Senrose

Tajuk Novel : Pergilah Air Mata
Tajuk Telenovela: Pergilah Air Mata
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Golden Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Hanni Ramsul
Tayangan Di Saluran: Slot Widuri TV1 (RTM)
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Jo Yusof
Pelakon Lelaki: Kamal Adli
Pelakon Wanita: Nelydia Senrose
Penulis Skrip: Wan Zamrie

Sinopsis

Kisahnya bermula dengan watak utama watak Sabrina dibawakan oleh Nelydia Senrose, seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (lakonan Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

26. Seindah Takdir Cinta

Tajuk Novel : Seindah Takdir Cinta
Tajuk Telenovela: Seindah Takdir Cinta
Penerbit Novel: Buku Prima
Penerbit Telenovela: Zeel Production Sdn Bhd
Penulis Novel: Kamsiah Abu
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Akasia
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Zulhuzaimy Marzuki
Pelakon Lelaki: Saharul Ridzwan
Pelakon Wanita: Amyra Rosli
Penulis Skrip: Mufid Shuhaimi

Sinopsis

Mia Karmila (Amyra Rosli) anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya.

Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital. Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?

Seindah Takdir Cinta

Saharul Ridzwan

Amyra Rosli

27. Sesal Separuh Nyawa

Sesal Separuh Nyawa

Aiman Hakim Redza

Ayda Jebat

Tajuk Novel : Sesal Separuh Nyawa
Tajuk Telenovela: Sesal Separuh Nyawa
Penerbit Novel: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Dark Wave Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Myra Ameer
Tayangan Di Saluran: HyppSensasi 116 (HyppTV)
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Michael Ang
Pelakon Lelaki: Aiman Hakim Redza
Pelakon Wanita: Ayda Jebat
Penulis Skrip: Nazri M Annuar

Sinopsis

“Awak rasa kita takkan jumpa lagi lepas ni?”- Fara

“Kita dah janji kan kita akan jadi kawan sampai bila-bila.” – Razlan

Pertemuan pertama di padang sekolah ketika berusia 12 tahun telah mengikat Fara dan Razlan dalam satu hubungan dan janji. Malangnya perhubungan baik tersebut tidak disenangi oleh Datin Mona dan Datin Liza disebabkan dendam lama yang disimpan. Sengaja memisahkan mereka, Datin Liza telah menghantar Fara ke Melaka untuk terus menetap di sana dan ketika di situlah bermulanya persahabatan baik di antara Fara dan Fendi.

Setelah sembilan tahun berlalu, Fara dan Razlan dipertemukan semula apabila mereka belajar di satu Universiti yang sama di Dublin. Pertemuan yang langsung tidak Razlan sedari sehingga Fara dijadikan sebagai mangsa bulinya. Fara yang kecewa dengan penerimaan Razlan, membuat keputusan untuk menukar pengajiannya ke Amsterdam dan belajar di satu Universiti dengan Fendi.

“Kau masih tak nampak eh? Kau ni buta sangat ke?” – Fara

“Dah malam, gelap. Memanglah susah nak nampak.” – Razlan

“Kau memang dah lupa!” – Fara

“Weii…ingat kau nangis-nangis ni aku kisah?” – Razlan

“Aku kisah sebab ada benda yang tak boleh diganti!” – Fara

Setelah menyedari siapa Fara sebenarnya, Razlan terus mencari. Bermula dari situ hubungan mereka kembali bertaut sehingga membibitkan rasa cinta dan menyebabkan Melissa, adik angkat Razlan dan Fendi cemburu. Dalam diam, berbagai usaha yang mereka lakukan untuk memastikan Fara dan Razlan berpisah.

Datin Mona dan Datin Liza yang mengetahui tentang perhubungan tersebut tetap menentang keras dan turut melakukan berbagai usaha untuk memisahkan mereka. Nekad, Fara dan Razlan membuat keputusan untuk berkahwin walaupun keluarga masing-masing membantah.

Ketika persiapan sedang giat dilakukan dan hanya tinggal tiga hari sahaja lagi majlis pernikahan berlangsung, Razlan menghilangkan diri. Fara kecewa dan lebih mengecewakan lagi apabila dia mengetahui hilangnya Razlan adalah kerana menikahi Melissa, adik angkatnya sendiri.

Akibat luka yang Razlan tinggalkan, Fara terus hanyut dengan dunianya sendiri. Berbagai perkara yang dilakukan olehnya semakin menghancurkan diri sendiri. Bimbang dengan keadaan Fara yang sudah tidak mampu dikawal, sekali lagi Datin Liza menghantarnya ke Melaka untuk menguruskan perniagaannya di sana.

Setelah dua tahun berlalu, Razlan kembali menuntut janji. Mampukah Fara menerima huluran tangan Razlan setelah dilukai dan disakiti? Atau dia terus menerima huluran cinta Fendi yang sentiasa ada di sisinya dikala susah dan senang?

28. Sha & Shah

Tajuk Novel : Sha & Shah
Tajuk Telenovela: Sha & Shah
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: MIG Production Sdn Bhd
Penulis Novel: Sha Ibrahim
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Eyra Rahman
Pelakon Lelaki: Kamal Adli
Pelakon Wanita: Syatilla Melvin
Penulis Skrip: Panel MIG

Sinopsis

Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah lakonan Kamal Adli dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia sahaja.

Bila Shah kembali ke Malaysia dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.

Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.

Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkan Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?

Sha & Shah

Kamal Adli

Syatilla Melvin

29. Si Kolot Suamiku

Si Kolot Suamiku

Amar Baharin

Siti Elizad Sharifuddin

Tajuk Novel : Si Kolot Suamiku
Tajuk Telenovela: Si Kolot Suamiku
Penerbit Novel: Love Novel Enterprise
Penerbit Telenovela: MIG Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Fazlyn Ridz
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Eyra Rahman
Pelakon Lelaki: Amar Baharin
Pelakon Wanita: Siti Elizad Sharifuddin
Penulis Skrip: Panel MIG

Sinopsis

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

30. Suami Tanpa Cinta

Tajuk Novel : Suami Tanpa Cinta
Tajuk Telenovela: Suami Tanpa Cinta
Penerbit Novel: October
(Aksara Aira Media Sdn Bhd)
Penerbit Telenovela: Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Syamnuriezmil
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: MP Roslin
Pelakon Lelaki: Shukri Yahaya
Pelakon Wanita: Janna Nick
Penulis Skrip: Rozie Rashid

Sinopsis

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?

Suami Tanpa Cinta

Shukri Yahaya

Janna Nick

31. Suri Hati Mr Pilot

Suri Hati Mr Pilot

Fattah Amin

Neelofa

Tajuk Novel : Suri Hati Mr Pilot
Tajuk Telenovela: Suri Hati Mr Pilot
Penerbit Novel: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Cube Film Sdn Bhd
Penulis Novel: Dila Dyna
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Michael Ang & Hadith Omar
Pelakon Lelaki: Fattah Amin
Pelakon Wanita: Neelofa
Penulis Skrip: Fairul Nizam Ablah/Mamu Vies

Sinopsis

Pertemuan Ejaz (Fattah Amin) dan Warda (Neelofa) membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim. Walau jauh Warda lari, tapi sudah jadi ketetapan Warda milik Ejaz. Bukan Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Warda lari lagi membawa hati yang lara bersama zuriat Ejaz dalam rahimnya tanpa diketahui oleh Ejaz sendiri, disangkakan telah gugur. Namun sudah terlambat untuk Ejaz menjejaki Warda bila Muslim menceritakan hal sebenarnya.

Setelah ditinggalkan cinta Ejaz tergugat dengan kehadiran Dr. Khairina yang merawatnya. Apakah kepulangan Warda ke tanah air dapat menyelamatkan cinta mereka semula.

32. Tersuka Tanpa Sengaja

Tajuk Novel : Tersuka Tanpa Sengaja
Tajuk Telenovela: Tersuka Tanpa Sengaja
Penerbit Novel: Idea Kreatif Publication
Penerbit Telenovela: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penulis Novel: Pena Kayu
Tayangan Di Saluran: Astro Ria 104‬ ‪& Ria HD 123
Tahun Tayangan: 2015/2016
Pengarah Telenovela: Keoi Hj Khalid
Pelakon Lelaki: Amar Baharin
Pelakon Wanita: Emma Maembong
Penulis Skrip: Wan Mahani binti Wan Hassan

Sinopsis

Farhah (Emma Maembong) yang membuat keputusan meninggalkan segala kekayaan akibat berselisih faham dengan ayahnya. Farhah merasakan seperti dirinya tersisih jika dibandingkan dengan adik tirinya bernama Katrina (Amyra Rosli). Farhah menjadi kurang senang bila ayah kandungnya ingin menjodohkannya dengan seorang doktor dengan alasan untuk menjaga emak tirinya yang sakit.

Suatu hari Farhah bertemu dengan dengan Doktor Syed Arif (Amar Baharin) dan tercetus konflik antara mereka akibat perbezaan pendapat. Namun konflik tersebut membuatkan Syed Arif mula terpikat dengan Farhah dan bertindak melamarnya.

Pada awalnya lamaran Syed Arif ditolak Farhah tetapi kerana ingin mengelak dari mengahwini sepupunya, Farhah akhirnya bersetuju menerima lamaran Syed Arif. Tetapi Farhah terpaksa berkahwin tanpa berwalikan ayah kandungnya akibat tidak mendapat persetujuan.

Setelah berkahwin, Farhah cuba untuk mencintai Syed Arif namun dugaan pula muncul tiba. Syed Arif sebenarnya merupakan calon menantu pilihan yang pernah ayah Farhah ingin menjodohkannya dulu. Dan masa itu ketika dia menolak, ayahnya bertindak menjodohkan dengan Katrina pula. Pada waktu itu Katrina juga menolak tetapi kini bila Katrina mendapat tahu bahawa Syed Arif dan Farhah telah berkahwin, dia merancang untuk meruntuhkan rumah tangga mereka pula.

Apa akan berlaku seterusnya kepada rumahtangga Syed Arif dan Farhah? Dapatkah Katrina memusnahkan rumahtangga mereka? Apa pula yang akan Syed Arif lakukan bila mendapat tahu Farhah adalah wanita yang pernah menolak untuk dijodohkan bersamanya dahulu?

Tersuka Tanpa Sengaja

Amar Baharin

Emma Maembong

33. Tundukkan Playboy Itu

Tundukkan Playboy Itu

Hafidz Roshdi

Uqasha Senrose

Tajuk Novel : Tundukkan Playboy Itu
Tajuk Telenovela: Tundukkan Playboy Itu
Penerbit Novel: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Penulis Novel: Anjell
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Akasia
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Keoi Hj Khalid
Pelakon Lelaki: Hafidz Roshdi
Pelakon Wanita: Uqasha Senrose
Penulis Skrip: Mufid Suhaimi

Sinopsis

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal (Hafidz Roshdi). Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa (Uqasha Senrose) yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” – HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey… Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” – NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

34. 7 Hari Mencintaiku

Tajuk Novel : 7 Hari Mencintaiku
Tajuk Telenovela: 7 Hari Mencintaiku
Penerbit Novel: SR Publication
Penerbit Telenovela: Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Penulis Novel: Siti Rosmizah
Tayangan Di Saluran: TV3 – Slot Akasia
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Jamal Khan
Pelakon Lelaki: Shukri Yahaya
Pelakon Wanita: Siti Saleha
Penulis Skrip: PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez

Sinopsis

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

7 Hari Mencintaiku

Shukri Yahaya

Siti Saleha

ADAPTASI FILEM

35. Langit Cinta

Langit Cinta

Keith Foo

Nur Fazura

Tajuk Novel : Langit Cinta
Tajuk Telenovela: Langit Cinta
Penerbit Novel: Alaf 21
Penerbit Telenovela: Astro Shaw & Nuansa Sdn Bhd
Penulis Novel: Damya Hanna
Tayangan Di Saluran: Filem
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Osman Ali
Pelakon Lelaki: Keith Foo
Pelakon Wanita: Nur Fazura
Penulis Skrip: Osman Ali

Sinopsis

Langit yang cerah tidak menjanjikan kebahagiaan, hanya sekadar harapan. Begitu juga dengan hari-hari yang dilalui oleh Khadeja, gadis kampung yang menetap bersama ibunya di Pulau Perindu.

Kehidupan Khadeja berubah apabila, Aliff ,anak kepada Datuk Affendi seorang usahawan yang ingin membuat pelaburan di Pulau Perindu, jatuh cinta pandang pertama pada Khadeja. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff untuk mendapatkan Khadeja berjaya melembutkan jiwa kental gadus itu hingga cinta mereka berputik dengan segar. Mereka tetap hidup bahagia biarpun menerima tentangan hebat daripada keluarga Aliff.

“Selagi abang bernafas, abang nak Jah tahu… dalam setiap nafas abang cuma ada cinta untuk Jah seorang,” kata-kata luhur seorang suami yang dicintainya membuat Khadeja semakin bahagia.

Namun, langit cinta mereka tidak selalunya cerah. Kegembiraan Khadeja diduga apabila Aliff tidak pulang selepas menziarahi bapanya yang dikhabarkan sakit di Kuala Lumpur. Penantian Khadeja hanyalah sia-sia apabila Aliff tidak juga muncul mahupun mengutuskan khabar berita. Budiman, sahabatnya sejak kecil sentiasa di sisi memberi semangat dan pertolongan setiap kali diperlukan wanita yang dicintai dalam diam itu.

Walaupun Khadeja bukan lagi gadis seperti dahulu, cinta Budiman tidak pernah berubah. Ketulusan Budiman yang sentiasa memberi sokongan membuatkan Khadeja tersepit.

Bahagiakah dia dengan menerima lamaran Budiman? Adilkah dia melupakan cinta bersama Aliff yang sudah setahun meninggalkannya tanpa sebarang berita? Di antara cinta sejati dan cinta suci, yang manakah bakal membawanya ke alam bahagia?

36. Tercipta Untukku

Tajuk Novel : Tercipta Untukku
Tajuk Telenovela: Tercipta Untukku
Penerbit Novel: Penebitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
Penulis Novel: Marissa
Tayangan Di Saluran: Filem
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Jamal Khan
Pelakon Lelaki: Remy Ishak
Pelakon Wanita: Nabila Huda
Penulis Skrip: Nik Naemah Nik Mahir

Sinopsis

Cinta antara Thia(Nabila Huda) Adil(Remy Ishak) dilihat cukup utuh. Pertemuan mereka bermula apabila Adil menyelamatkan Thia yang diragut oleh peragut. Sangkanya, Adil akan bersimpati dengannya, namun sangkaannya meleset,apabila dimarahi kerana kecuaian. Pertemuan kali kedua menambah benci di hati apabila mereka bergaduh di klinik.

Pertemuan kali ketiga, merubah pandangan Adil pada Thia, apabila dia menghantar anak buahnya Alif,Thia rupanya seorang guru, dan dilihat begitu istimewa dan dia nekad memenangi hati Thia. Namun, ketentuan Maha esa merubah segalanya. Pelbagai dugaan dan rintangan melanda. Yang paling menduga apabila Thia dan Adil disahkan mengidap barah otak tahap keempat.

Tapi orang kata, kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang.
Berjayakah mereka mengatasi cabaran tersebut? Akan tabahkah Adil dan Thia meneruskan percintaan mereka?

Tercipta Untukku

Remy Ishak

Nabila Huda

37. Angin Cinta

Angin Cinta

Zizan Razak

Ummi Nazeera

Tajuk Novel : Angin Cinta
Tajuk Telenovela: Angin Cinta
Penerbit Novel: Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela: Mermaid Studios Sdn Bhd
Penulis Novel: Aliesha Kirana
Tayangan Di Saluran: Filem
Tahun Tayangan: 2016
Pengarah Telenovela: Ghaz Abu Bakar
Pelakon Lelaki: Zizan Razak
Pelakon Wanita: Ummi Nazeera
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar

Sinopsis

Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK punya segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta.

Dan orang cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhhh! Kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya. Tetapi demi seorang Irika, KK sanggup melakukan apa saja yang terdaya.

Kehadiran IRIKA seolah memberi satu nafas baru dalam hidup KK yang sepi tanpa sebuah cinta selama ini. Saat cinta itu dia perolehi dan hampir saja ke jinjang pelamin, ada satu permintaan yang Irika pinta, membuatkan KK rasa serba salah. Irika pula tidak pernah mengimpikan apa-apa sepanjang hidupnya, kecuali satu perkara. Bersatu dengan abahnya semula setelah mereka lama terpisah.

Dan sebaik saja menerima lamaran KK, perkara pertama yang Irika mahu ialah melangsungkan majlis mereka di rumah abahnya. Namun perkara itu tidak semudah dan seindah yang dia sangka.

“Awak, rumah abah awak tu dekat pulau! Saya ulang sekali lagi, pulau! Awak dengar tak? Pulau okey! Apa nama dia tadi? Oh… Pulau Tuba, kan? Nama pulau tu pun dah buat saya rasa macam kena racun tuba.” – KK

Namun, setelah menempuh pelbagai halangan untuk mencuri hati gadis itu, KK masih ada halangan besar yang dia perlu atasi! Kenapa dalam banyak-banyak halangan, halangan ini yang paling sukar?

“Hei, budak tak ada adab! Hang mai sini aku tak pernah pelawa tau! Jangan kurang ajaq sangat. Sekarang ni aku nak hangpa dua-dua berambuss!” – Pak Mustafa

Kehadiran mereka ke pulau itu langsung tidak digemari Pak Mustafa. Lelaki itu seolah-olah sudah membuang Irika jauh dari hidupnya setelah dia berpisah dengan mama Irika. Kemunculan KK pula menambahkan kebencian abahnya dan langsung tidak mahu merestui hubungan mereka apatah lagi hendak menjadi wali Irika dan mengizinkan majlis mereka diadakan di situ.

Irika kini tersepit antara abahnya yang sudah lama dia tidak ketemu dan juga KK, cinta hatinya yang baru dia jumpa. Siapakah yang harus Irika korbankan?

Ketika keputusan telah Irika bulatkan, KK membawa diri entah ke mana membuatkan hati Irika dipagut penyesalan. Andai benar tiada jodoh antara mereka, kenapakah angin yang menderu itu membawa cinta bersamanya?

38. Aku Bukan Spy

Tajuk Novel : Aku Bukan Spy
Tajuk Telenovela: Aku Bukan Spy (Malaysia),Spy In Love (Indonesia)
Penerbit Novel: Dear Novels Enterprise
Penerbit Telenovela: Fimtab Unik Sdn Bhd
Penulis Novel: Rehal Nuharis
Tayangan Di Saluran: Filem
Tahun Tayangan: 2017
Pengarah Telenovela: Danial Rifki
Pelakon Lelaki: Hemish Daud
Pelakon Wanita: Siti Saleha
Penulis Skrip: Danial Rifki

Sinopsis

Filem aksi komedi romantik itu berkisar mengenai seorang jejaka bernama Putra (lakonan Hamish Daud) dan gadis bernama Pevita (lakonan Siti Saleha), merupakan sepasang kekasih kerana bekerja di hotel yang sama. Putra melamar Pevita setelah sekian lama mereka menjalin hubungan. Pevita berasal dari Malaysia. Mereka merancang ingin melangsungkan acara resepsi pernikahannya di sebuah pulau supaya menjadi kenangan manis dan romantis, lalu memilih Pulau Pinang sebagai lokasi perkahwinan mereka.

Namun, hasrat mereka untuk berkahwin mendapat halangan daripada abang Putra, Ray (lakonan Ray Sahetapy) dan ibu Pevita, iaitu Fariza (lakonan Nasha Aziz). Lebih menyulitkan apabila Ray mengetahui identiti sebenarnya Pevita, yang dianggap sebagai seorang ejen rahsia di mana ia telah melakukan aksi penculikan terhadap beberapa tokoh bank dunia. Ray juga adalah bekas ejen perisik Indonesia. Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, pelbagai halangan dihadapi mereka sehinggakan mereka menghadapi cubaan bunuh oleh satu kumpulan gangster.

Aku Bukan Spy

Hemish Daud

Siti Saleha

Yadmin
November 14, 2017
0

SENARAI 10 TERATAS ANUGERAH TELENOVELA 2017

SENARAI TERKINI PENCALONONAN ANUGERAH TELELOVELA 2017        ...

Read More
Yadmin
August 27, 2017
0

Anugerah Telenovela 2017

  Program Tajuk : Anugerah Telenovela Tarikh : 23  Disember 2017 Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Format: Maj...

Read More
yayasan
December 18, 2016
0

Anugerah Telenovela 2015

Penaung YABhg. Datin Seri Diraja Hamidah Binti Haji Khamis (Isteri YAB Timbalan Perdana Menteri) Program Tajuk : Anugerah Telenovela Tarikh :...

Read More
Leave A Comment