Anugerah Telenovela

Pengenalan

Anugerah Telenovela merupakan pengiktirafan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel kepada drama dan telenovela atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.

Sebagai permulaan, pencalonan anugerah ini hanya menerima naskhah-naskhah novel yang telah berjaya diterbitkan atau diadaptasi kepada filem, telefilem dan drama bersiri. Naskhah-naskhah novel ini terlebih dahulu mestilah mempunyai nombor ISBN yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Kesemua adaptasi tadi mestilah telah diterbitkan selepas tahun 2010 hingga 2016 dan telah ditayangkan di televisyen sama ada stesen satelit atau stesen umum (Free To Air: FTA) atau pawagam. Buat masa ini, terbitan di laman sosial tidak diterima.

Selain warga kerja penerbitan perbukuan, warga kerja produksi penerbitan yang diadaptasi juga turut diberi penganugerahan seperti pelakon utama, penulis skrip adaptasi, pengarah, penataan cahaya, lakon layar dan sebagainya mengikut kesesuian dari masa ke semasa.

Visi | Misi | Objektif

Visi

Mengangkat/Mengumpulkan keilmuan, sosio-ekonomi dan sosio-politik.

Misi

Membangunkan Industri Buku dan Industri Kreatif yang berdisplin, bertanggungjawab, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, kesukarelawan dan daya juang yang tinggi berasaskan kearifan lokal dan global.

Objektif

Tujuan utama diadakan Anugerah Telenovela adalah untuk menjayakan agenda keilmuan, sosio-ekonomi dan sosio-politik.

Mengiktiraf penulisan novel yang telah diangkat menjadi siri televisyen yang dipanggil telenovela. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penulisan novel, keilmuan dan kesusasteraan perfilemannya. Justeru itu, akan berkembanglah industri buku dan industri kreatif negara.

Telenovela juga akan diperkembangkan ke negara-negara Asean yang lain. Pengiktirafan Anugerah Telenovela boleh menjadi benchmark untuk drama-drama ini dipertandingkan ke peringkat Asean kelak.

YPBN merancang menjadikan Malaysia sebagai hab telenovela di rantau ini. Justeru itu, ia akan menaikkan lagi ekonomi negara dan menjadi pull factor bagi bidang pelancongan.

Telenovela akan diadili dari pelbagai kategori dan skop pemilihannya memberi penekanan kepada perkembangan sastera, nilai budaya, bangsa Melayu, peradaban Melayu, penulisan Melayu, penggunaan bahasa, lagu, muzik dan tidak lupa juga kategori yang patuh syariah.

Telenovela memacu agenda nasional, memajukan negara melalui kebudayaan di samping memupuk kembali jati diri Melayu.

Objektif tersiratnya adalah untuk mengembalikan gelombang sokongan Melayu.

Rasional

Rasional penganjuran Malam Anugerah Telenovela ialah:

Mengiktiraf usaha, kreativiti dan keupayaan penulis serta warga kerja penerbitan buku yang berjaya mengadaptasi buku mereka kepada medium yang lain.

Mengiktiraf warga kerja produksi adaptasi yang mampu mengolah dari bahan bercetak kepada layar perak dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari khalayak.

Sebahagian dari proses pembangunan dalam Anugerah Buku Negara dan cuba disesuaikan dengan keperluan semasa serta selera peminat buku tempatan.